Lirik Lagu Aku Dan Mawar – Intan Sarafina

Mengharungi hari-hari
Bagai tak terdaya lagi
Aku terbelenggu
Di belit resah… duka

Ku tahu kau pun serupa
Wahai sang mawar jelita
Diri mu terpinggir
Hanya kerana keayuan itu
Berbagai ragam si kumbang
Terus cuba
Di taman sepi
Terkulai layu biarpun di dalam
Pagar emas berduri

( korus )
Begitulah nasib diri ku
Fitnah yang tak putus melanda
Biar aku telah sedaya upaya
Berlaku sebaiknya
Duhai mawar kini ku tahu
Semua ini mainan dunia
Kesabaran ini kejujuran itu
Adalah azimat