Lirik Lagu Awan Nano – Hafiz AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan…awan
Pabila terik-panas
Segera hadirnya memayungi.. diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan… kasehnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi …
dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai… jejarimu

Kasehnya
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekaseh sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu… ooooo-ooo

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan… awan
Sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari… dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitispun air matamu…kasehku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai… jejarimu

Kasehku
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
walaupun tak akan tercapai jejarimu… oooo-oooo

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi …
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai.. jejarimu

Kasehku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu…woooo-woo..