Lirik Lagu Bang Boom Bang – A to Z

Depa dok kata kita lupa
Lupa tang mana pulak
Depa dok gebang menara kita
Menara berkembaq dua

Hang singgah sat di airport kita
Besaqnya tak terkata
Hang tengoklah kompleks kita
Indahnya Cyberjaya

Jangan dok lupa jambatan kita
Terpanjang di asia
Pandu ujilah kereta kita… (tu dia)
Buatan malaysia

Pandanglah di mata-mata alpa

Fikirkanlah kita semua
Renunglah ke minda-minda kita
Dunia menjeling kita penuh rasa

Kemanakah arahmu masa kini
Sehingga sering kali kau terlupa diri
Dimanakah letaknya harga diri
Sehingga kini masih tak teguh berdiri

( korus )
Mai dok gebang bang boom bang
Ilusi oh! duniawi
Mai dok gebang jangan kau gempar kami begini
Mai dok gebang bang boom bang
Kau sepi dan kau pergi
Mai dok gebang biar mentari muncul kembali