Lirik Lagu Bercinta Tak Bersatu – U-Topia

Tak perlu bertanya usah berselindung
Semuanya jelas kini
Apa mahumu dulu biar pun berdiam diri
Segalanya ku penuhi
Namun… kita… tetap tak sekata

Bila kan berseri wajah cinta ini
Takkan tinggal sepi
Telah pun kucuba mencari salah diri
Tak jua kutemui
Tapi… kita… tetap tak berbeza

( korus )
Puas aku mencuba segala
Namun tewas akhirnya
Pelukan ku erat dan tak mungkin terlerai
Bara yang ku genggam tak bermakna

( solo )

Biarkan begini aku terus sepi
Kau tinggalkan ku sendiri
Demi cinta suci tulus lagi suci
Ku relakan kau pergi
Cinta… kita… daku tak berubah

( korus )
Puas aku mencuba sedaya
Namun tewas akhirnya
Pelukanku erat dan tak mungkin terlerai
Bara yang kugenggam tak bermakna

( 1 )
Dan bermula disini terukir satu janji
Yang cinta tak mungkinkan terulang
Biar pun derita dicengkam rasa cinta
Tak kan terbuka pintu sepi

( 2 )
Andai pun tersurat
Kuntum suci tak tercela
Namun luka tak terubat jua

( ulang 1 & 2 )