Lirik Lagu Berjauhan – Jamal Abdillah

Tiada lambaian
Oh apa lagi pamitan
Berjauhan tak bererti perpisahan

Kau resah di sana
Oh aku sepi di sini
Berjauhan menguji hati

Berjauhan bagiku
Hanya jarak dan ruang waktu
Tak terjejas cinta yang kukuh

Ikatan kasih ini
Bukan embun di pagi hari
Tapi tali tersimpul mati
Abadi