Lirik Lagu Biru – Jai

Biru
(Yang biru, yang ungu, mana kau mahu)

Sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit
Akhirnya terbinalah mahligai indah dikau impikan
Apa lagi yang kekurangan
Dalam isi hatimu
Katakanlah sayang

Oh biru kataku
Yang ungu kau mahu
Kau enggan ubah fikiranmu
Apa saja yang kau pinta
Semua tersedia
Oh dikau harus berubah
Cuba dengar isi hatiku

Yang berat dipikul
Yang ringan kita jinjing
Harusnya begitu
Usahlah dikau pencilkan diri
Apa lagi yang kekurangan
Dalam isi hatimu
Katakanlah

(Yang biru, yang ungu)
Aku selalu
(Mana kau mahu)
Turuti kata-katamu
(Mana kau mahu)
Mana kau mahu
Yang biru, yang ungu