Lirik Lagu Cinta Remaja – Intan Sarafina

Teringat zaman remaja
Yang telah berlalu
Mula kenali dunia percintaan
Betapa indah betapaku rasa bahagia
Bilaku dicintai
Bilaku disayang

Semua hanya sekejapku rasakannya
Pantasnya cinta itu
Datang jua berlalu
Tidak kekal lama oh mengapa
Ianya hanya sebentar
Belum puas untukku menikmatinya

Memang lumrah hidup di dunia
Segalanya tidak kekal abadi
Cinta remaja umpama permainan
Cinta pada tuhan membawa ke akhirnya
Kan ku mengejari impian
Demi masa depan ku gemilang
Kan ku tekad usaha mendapat segala
Apa yang datang kan ku rempuhi
Akan ku hadapi

Masa bersilih ganti
Ku meniti dewasa
Kiniku berada di puncak kejayaan
Alangkah bahagia ku rasakan bila impianku kini
Tercapai jua oh akhirnya…