Lirik Lagu Cinta Tak Semestinya Bersatu – Iza Fazly

Mungkinkah ku yang harus menunggu
Perubahan sikap orang tuamu
Penghinaan keluargamu
Memandang aku dengan sebelah mata

Namun tidak dapat ku melangkah
Walau masa turut mendera
Kerana kau yang mengikat
Tangan dan kakiku dengan cinta

Tak tahu apa yang akan terjadi padaku
Andai nanti oh begini selamanya
Kerana kasihmu terus ikutku
Walaupun ke mana

Namun telah ku tahu semua sikapmu
Benar-benar cintai aku
Tak pernah kau berkasar kau menyakitiku
Melayanku bagai puteri
Seandainya nanti kita berpisah rindu

Ikatan memerlukan restu
Cinta tak semestinya bersatu
Kasihku tak usah diragu
Biarlah begini selamanya