Lirik Lagu Cinta Terpendam – Haliza

Kenyataan… apalah hendak dinafikan
Kau dan aku dulu saling memendam rasa
Engkau tahu dalam diam engkau ku puja
Aku sedar pada ku kau jatuh cinta

( korus )
Tapi kau ragu-ragu
Untuk luahkan hasrat
Sedangkan aku pemalu
Lidah sentiasa kelu
Akhirnya cinta membeku
Di sudut kalbu tanpa titik temu

Hari ini kau dan aku berjumpa lagi
masing-masing dengan teman hati sendiri
Mengapakah hari ini bukan semalam
Agar tiada kesan cinta yang terpendam