Lirik Lagu Duhai Bonda – NowSeeHeart

Bagai kerdipan lilin yang berkilau bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita

Membakar diri memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur berkorban segalanya
Penuh rela

Biar di mamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada perhentiannya tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti
Kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan
Dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anakmu berjaya

Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya tuhan yang dapat membalas segala jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda