Lirik Lagu Duniawi – GT Boyz

Lorong demi lorong menjadi tumpuan
Bagaikan sesat mencari arah
Melayang-layang burung diulit mimpi
Bersama embun di kaki malam

Dari bintang ke bintang dilamun rasa
Dalam kembara di sudut malam
Di sana-sini yang dalam kehausan
Suatu penemuan ke jalan oh terakhir

Berpijak bumi biarlah dengan penuh semangat
Janganlah kau terleka terpengaruh segalanya
Mercu suara lantangnya semua di sana
Menghantui perasaan minda penghuni kota

Insaflah ohh…
Insaflah ohh… temanku
Insaflah ohh… duniawi

Kerdipan bintang bersinar menjulang di awan
Sejauh manakah setianya pada Yang Esa
Sedarlah teman janganlah kau mendakap duka
Kembalilah kau ke jalan yang penuh keredhaan

Insaflah ohh… temanku
Lihatlah ohh… duniawi