Lirik Lagu Fajar Di Hari Raya – Aznil Haji Nawawi

Fajar yang menyingsing
Di pafi Syawal ini
mengukir senyum sealam maya
Kini kedengaran
Takbir bergema merdu
Wajah-wajah nan keriangan

Di hari raya semua gembira
Ampun dan maaf
Saling dipinta
Menghapus silap dan salah

Korus:
Sepurnama lapar dan dahaga
Kini tiba detik kemenangannya
Untuk semua di kota dan di desa
Tidak kira umur darjat dan rupa

Kuucapkan Selamat Hari Raya
Keluhuran isi hati berkata
Seandainya ada salah
Saling bermaafan di hari raya