Lirik Lagu Ghazal Asmara – Jamal Abdillah

Bergema suara di tabir malam
Mengalun qasidah
Dengan penuh rasa syahdu

Tak sempat bertanya
Engkau melangkah
Hatiku tersingkap
Rasa cinta penuh rindu

Oh di mana…
Ku bertanya…
Jejakmu… mana halanya…
Aduhai rindu semakin membara…

Kalaulah luka boleh disembuh
Senyuman adik penawar sakti
Kalaulah cinta boleh diatur
Hanyalah adik abang menanti

Bukan kata sebarang kata
Kata hati tulus dan suci

Kalaulah hatimu
Relaku sentuh
Ku ingin beradu
Dalam kasih belaianmu

Oh asyiknya
Kalau cinta
Denganmu… menjadi nyata
Tidaklah lagi kasihku gerhana

Luka di tangan nampak darahnya
Luka di hati siapa yang tahu
Kalaulah abang boleh bercinta
Adik seorang pilihan kalbu
Ingin abang bersamamu
Nyanyi lagu ghazal asmara