Lirik Lagu Gurisan Hidup – Iwan

Gurisan hidup sudah tersurat
Walau ku cuba memadamkannya
Segala yang aku hajati
Tak menjadi…

Mahligai cinta terbakar jua
Akibat bahang cemburu buta
Yang suci bisa dikotori
Oleh mimpi…

Kata-kata tak bisa merubahmu
Pujuk rayu engkau anggap hanya palsu
Tiap langkah engkau ukur dengan sangsi
Hingga aku tidak tahan lagi…

Hidup bagaikan dicengkam duri
Kasih sayang tiada erti
Kalau begini kurela sendiri
Derita menyiksa diri

Gurisan hidup telah tersurat
Kasih sayang kini tersiat
Tak mungkin akan tercantum semula
Cinta kita…

Gurisan hidup sudah tersurat
Aku bagai terjerat…