Lirik Lagu Jikalau Berkasih – Hattan

Jikalau merindu pada purnama
Kenalah tunggu pada waktunya
Tapi andainya kau rindu padaku
Ketuklah pintu hatiku sedang menunggu

Jikalau merayu pada sang bunga
Jangan terus menghidu harum baunya
Manalah tahu ada racun berbisa
Nanti kau susah pula mencari ubatnya

  • Cinta memanglah indah
    Asalkan kau berjaga

Jangan asyik melihat awan yang tinggi
Duri di bawah tidak kau peduli
Jangan terlalu memuji sibuah hati
Kalau ia lari kau yang mabuk sendiri

Jikalau menyemai benih biar berbaja
Bila masa menuai pasti kau gembira
Jiakalau engkau mencari kekasih
Oh carilah yang berhati mulia

Cinta memanglah indah
Asalkan kau berjaga

(ulang *, rangkap 1)

Oh ketuklah pintu hatiku sedang menunggu
Ketuklah pintu hatiku sedang menunggu

(ulang *)