Lirik Lagu Joget Mak Andam – Ismail Haron

Mana dia si songket hitam
Hendak ku buat samping
Hendakkan pula anak mak andam
Takut kena tempeleng
Hendakkan pula anak Mak Andam
Takut kena tempeleng ( janganlah )

Mana dia si songket hitam
Hendak ku buat samping
Konon berbaik dengan mak andam
Cara hendak ku berang
Konon berbaik dengan mak andam
Tapi kena tempeleng ( hai garangnya )

( 3 )
Ini dia si songket hitam
Buat samping hai si baju kurung
Ini joget jogetlah mak andam
Buat penghibur hati yang duka

Mana dia si songket hitam
Hendak ku buat samping
Hendakkan pula anak mak andam
Takda duit satu sen ( tolonglah tuan )
Hendakkan pula anak mak andam
Tapi kocek ku kosong

( ulang 3 )