Lirik Lagu Kebesaran Al-Quran – In-Team

Al-quran panduan penunjuk jalan
Sunnah rasul penerang kegelapan
Untuk kita sampai kepada Allah

Al-quran boleh menenangkan hati
Dan melapangkan jiwa
Elok dibaca dengan adabnya dan difahami
Jika tidak bukan saja tidak dapat pahala
Berdosa pula…
Bila Al-Quran mekar di hati
Dan sunnahnya mengawal peribadi
Pasti hidup kan dirahmati
Di dunia dan akhirat

Al-quran mengandungi hikmah
Dengan keberkatannya
Sunnah rasul jadi ikutan
Jadi amalan dalam kehidupan
Tenang jiwa hidup bahagia
Itulah jaminanya