Lirik Lagu Kenangan – High Cryme

Ku… merenungi malam
Di dalam kesayuan hati
Menjelma kisah silam
Merobek naluri
Ku galas sendiri

Kau… berlalu bagaikan
Hembusan bayu yang beredar
Tinggalkan keperitan
Tiada penawar
Kesalahan ku dibebaskan

Telah cuba aku
Mengumpulkan cinta
Walau hanyalah serpihan

Telah puas aku
Menyusun semula
Mengapa kau leraikannya oh kasih

Kan ku ukir semula
Kenangan indah bersamamu
Semoga masih ada
Insan sepertiku
Yang sudi menerimanya