Lirik Lagu Kisah Ku Berhari Raya – Ramli Sarip

Musim raya ‘kan telah tiba seperti biasa
Ku sudah bersedia
Untuk meninggalkan kesibukan dan perlumbaan
Kota kosmopolitan
Menuju kampung halaman yang ku tinggalkan
Beradu nasib bekerja keras di rantauan

Aku terangan aku rindukan
Gelak ketawa gurau bersembang
Berkumpul kerap bersepakat diajukan
Gotong royong itu semangat kekampungan

Sepanjang langkah ku ke rumah aku berjumpa
Wajah-wajah biasa
Mata ku cari dan berharap mungkin tersua
Buah hari kasih lama
Yang pasti ku kan kerumahnya tiba raya
Sambil bermaafan kita meneruskan cinta

Hari mulia sungguh bermakna
Suasana riang menyerikannya
Coretan hati kisah ku berhari raya
Dan tak mudah bagi ku melupakannya

Coretan hati kisah ku berhari raya
Dan tak mudah bagi ku lupakannya
Coretan hati kisah ku berhari raya
Dan tak mudah bagi ku lupakannya