Lirik Lagu Kisah Semalam – Ibnor Riza

Hari ini
Pagi menjelma lagi
Melepaskan kisah semalam

Indah nian
Bagai yang di mimpi
Terbayang segala kenangan
Nan riang ku rasai

Ku mencari
Menjejak rasa hati
Menyelami rasa rinduku

Ku mencari
Pasti ku mencari
Sehingga ketemui dinaluri insan ini

( korus )
Terukir indah kata mesra
Begitulah kasih sayang
Oh kurnian Tuhan
Seluruh alam semesta
Sepi kini tiada lagi
Hanya dikau yang di sisi
Rela menghadapi
Segalanya yang pasti terjadi…
(Oh sayangku)

( muzik )

Kini pasti
Mimpi yang aku genggami
Begitu nyata sekali

Kini riang
Sungguh mesra rasa
Tercapai semua yang pernah
Aku impikan

( ulang korus )