Lirik Lagu Luka Di Hati – Jamal Abdillah

Tiada gunanya ku cerita
Segala kesedihan
Yang tersimpan di hati
Kerana aku terlalu bimbang
Kelak nanti menjadi
Satu beban padamu

Ternyata aku tak berupaya
Menahan kepiluan
Yang semakin mendatang
Akhirnya aku terperangkap
Bersama persoalan
Dan juga harapan

Di wajahku nampak riang
Tapi hati kedukaan
Tiada siapa yang mengerti

Malam dan siang
Aku tempuhi
Hidup yang sepi ini
Alangkah indah
Andainya
Kau sama rasai
Kedukaanku
Dan juga memberi
Aku semangat
Untukku tempuhi
Tiap ujian
Yang bertandang

Pintaku tiada kan berakhir
Selagi kau dan aku
Selalu berjauhan
Hanya kau yang mengetahui
Perjalanan hidupku
Serta impianku
Apalah ertinya hidupku
Seandainya kau tiada
Lagi bersama-sama denganku