Lirik Lagu Luka Semakin Terbiar – Wan Suhaila

Kau mengerti perasaan hati ku ini
Kau fahami apa yang aku inginkan
Tetapi kau seperti tidak peduli
Hati ini menangis kerana mu

Usah biarkan aku yang tercari-cari
Usah biarkan aku yang ternanti-nanti
Bagai malam siangnya terus dinanti
Bagai siang tak pernah rasa sepi

Puas sudah ku cuba berterus-terang
Memang payah untuk aku mentafsirnya
Tapi engkau anggap suatu gurauan
Di mata mu aku ini sama seperti yang lain
Yang kau kenali

( korus )
Aku bukan mendirikan istana pasir
Aku tidak berumah di tepian pantai
Pastinya runtuh dihempas dipukul badai
Dan akhirnya kita juga lemas bersama

Walau daun gugur kering dan berterbangan
Walau bertahun lamanya aku menunggu
Luka ini akan terus pedih terbiar
Hanya engkau sahajalah penawarnya