Lirik Lagu Mahligai Cinta – UNIC

Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerana ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

Ku cuba sedaya
agar dirahmati perhubungan
Yang telah terbina

Kerana pasti aku
Yang akan merasa pedihnya
Kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina
Impian kasihku

Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina
Mahligai bahgia…