Lirik Lagu Malam Tujuh Likur – A Ramlie & Mariah Bachok

( MB: )
Abangku dengar-dengar ku berkata
Malam ini kita sambut tujuh likur
Hanyalah tinggal tiga hari saja lagi
Kita akan menyambut hari raya

( AR: )
Jangan dik jangan bimbang jangan gaduh
Pakaian anak kita dah sedia
Kuih ketupat yang abang janjikan itu
Marilah dihidangkan untuk tamu

( MB: & AR: )
Di pagi hari raya yang mulia
Marilah pergi ke rumah mertua
Bermaaf-maafan bersama
Bermaaf kita suami isteri

( MB: )
Jangan bang jangan lupa malam nanti
Bawalah anak kita bertemasya
Ke taman hiburan gembira riang-ria
Setahun sekali berhari raya

( MB: & AR: )
Marilah kita sambut hari raya
Maaf bermaafan bersukaria
Di lain tahun kita jumpa
Supaya hidup ini bahagia
Selamat menyambut hari raya