Lirik Lagu Meniti Dewasa – Intan Sarafina

Melangkah kini aku ke alam dewasa
Penuh dugaan
Akan ku tinggalkan zaman remaja
Yang penuh kenangan

Dapatkah aku terima
Duniaku yang berubah
Jadi dewasa

Alangkah indah kini
Dapat ku rasakan bila dewasa
Pasti aku teruskan
Segala impian ke puncak tinggi

Dapatkah aku hadapi
Segala cabaran
Melanda

( korus )
Hidup ini penuh dengan
Onak duri pancaroba
Ku harus teruskan jua
Kuat semangat untuk berjaya
Oh… untuk berjaya

Akhirnya kini aku
Di menara gading demi masa depan
Impian kini jadi kenyataan
Oh sungguh gembira…