Lirik Lagu Nabi Anak Yatim – Raihan

Muhammad Muhammad Muhammad Mustafa

Ibunya Bernama Aminah
Ayahnya Bernama Abdullah
Dilahirkan Di Makkah Mukarramah
Ibu Susunya Halimatus Sa’diah

Ayahnya Meninggal Dunia
Tika Nabi Di Dalam Kandungan
Alangkah Sedih Pilunya
Ibunya Menjaga Baginda

Muhammad Mustafa

Semasa Di Dalam Perjalanan
Pulang Dari Maqam Suaminya
Aminah Jatuh Sakit Di Abwa’
Kembali Ke Alam Baqa’

Tinggallah Nabi Seorang Diri
Hilanglah Insan Yang Dikasihi
Tinggallah Nabi Seorang Diri
Mengajarnya Hidup Berdikari

Anak Yatim Anak Yang Mulia
Dilindungi Allah Setiap Masa

Hidupnya Yatim, Yatim Piatu
Tiada Ayah Tiada Ibu
Hidupnya Yatim Yatim Piatu
Namun Dialah Manusia Agung