Lirik Lagu Pelita – Genuine

Lingkungan arus yang ku renang
Bergelombang cabaran datang berliku
Laluan jalan hidupku
Hanyut dan tenggelam
Tersesat haluan

Kesilapan demi kesilapan
Menyedarkan untuk ku pulang berliku
Tangan telah membantu
Pimpinlah diriku
Bersihkanlah semula debu

Masa silam
Ghairah dan kelam
Ku sedar semua (yang) terjadi
Tanpa kematangan berfikir

Sehinggalah kau ku temui
Cahaya yang tersembunyi
Kaulah pelita hati

Airmata yang kita titiskan
Dalam nafas kesyahduan rasa
Bersama hening cipta
Tak terucap ungkapan kata
Menatapmu semula
Mari nyalakan pelita diri
Semoga abadi