Lirik Lagu Pengantin Baru – Rabbani

Kita meraikan dua pengantin baru
Mari doakan agar mereka bahagia
Dapat zuriat yang soleh-solehah
Mentaati Allah dan juga Rasul-Nya

Agar rumahtangga aman bahagia
Betolak ansur kenalah ada
Maaf-bermaafan rukun setia
Bekerjasama meneraju rumahtangga

Ujian hidup hendaklah sabar
Usahalah mencari rezeki yang halal
Dapat sedikitpun tidak mengapa
Diberi pahala berkat-Nya ada

Keluarga dua pihak hendaklah dihormati
Agar persaudaraan keluarga sentiasa ada
Kasih dan sayang sentiasa berbunga
Beginilah yang diperintah oleh agama