Lirik Lagu Pukau – Tomok

Sekali pandang pastinya kau tak tersangka
Telatahnya gerak gerinya menawan sesiapa saja
Aku buta dan percaya setiap ungkapan bibirnya

Chorus
Hey…
Dia pemukau telah ku dipukau olehnya
Hey…
Dia pemukau telah aku terpukau

Sihirnya tersirat di dalam kata-kata
Sentuhannya boleh buat kau jadi gila tiada rahsia
Gigitannya amat berbisa malang pasti menimpa

Ulang Chorus

Suaranya memanggil mencari-cari
Pasti ada yang terpedaya lagi

Ramai yang memuja ramai yang terpesona
Mereka hanya melihat apa yang ada di luar saja
Dia hanya mementingkan kehendak hati dirinya

Ulang Chorus