Lirik Lagu Rahsia Di Sebalik Hati – Grand

Sejak aku mengenalimu
Hati ini ternanti-nanti
Kata-kata cinta saktimu
Namun dikau tetap membisu

Tak pernahkah kau menyedari
Kehadiranku di hatimu
Yang mengharap kasih sayangmu
Atau dikau yang tak mengerti
Perasaanku

Kini aku ibarat menanti
Hadirnya suria di malam hari
Yang tak mungkin menjadi realiti
Namun aku tetap menanti
Walau seribu tahun lagi

Tak mungkin aku melafazkan
Rahsia cintaku padamu
Sedangkan aku pun tak tahu
Rahsia di sebalik hatimu

Aku tak memaksa dirimu
Untuk menyintai diriku
Andainya kau buka hatimu
Akan ku sambut cintamu

Seandainya dikau menjadi kekasih hatiku
Akan kulaungkan kepada dunia kau kekasihku