Skip to content

Lirik Lagu Rajawali Terbang Tinggi – M.Nasir

Dengar gendang-genderang
Gema menghentam dada
Seluruh Nusantara
Rentak yang sama

Pergolakan drama manusia
Masing-masing mahu buktikan
Kuat lemah

Langit mana pun sama
Bulan pun redha
Sinar bumi ayahku
Dan ayahmu jua

Gugur daun
Di telapak tangan
Terpijak ranting di jalanan
Aku rindu oh! kampungku

Aku tak mahu dijadikan hamba lagi
Aku tak mahu dijajah lagi
Biar terkubur jasad terbujur
Tak rela aku berpisah
Dari cintaku yang satu

Dan Rajawali terbang tinggi
Rajawali terbang tinggi… terbang

Categories: Lagu Melayu.

Comment Feed

One Response

  1. sedap lagi nie…….saya selalu nyanyi kalau saya rasa sedih sebab lagu ni buat saya rasa lebih bersemangat…..

    terima kasih M.Nasir kerana buat lagu ni…….
    semoga berjaya……



Some HTML is OK

or, reply to this post via trackback.