Lirik Lagu Rakus – Farahwahida & Fabulous Cats

Manusia, manusia
Pencinta kuasa dan haloba
Sejak Adam dan Hawa
Turun ke dunia
Dusta tipu daya
Semua inginkan pangkat dan juga harta

Alam makin sengsara
Bukit sudah kau rata
Udara sesakkan dada
Semua binasa
Kerna tangan-tangan manusia
Keji hina ah! Rakusnya….

Mata hatimu terkunci
Jiwa hitam diracuni
Tika nafsu menguasaimu
Dunia sanggup kau hancuri

Laugan tidak bersuara
Tangis tak berair mata
Dan nyawa bagai tidak berharga
Hilang kasih dan erti dosa…

Kerakusan keegoaan silih berganti
Meruntuhkan kehidupan makhluk insani
Mengapa begini…

Masih ada jalan pulang
Henti segala peperangan
Bumi jangan kau hancurkan
Dan langit usah kau musnahkan

Habis roboh permukaan yang rata
Hancur segala-gala cita-cita
Impian anak-anak hanya hampas yang nyata
Usar biar keegoaan menghantui kita
Usah kau biarkan dirimu dirasuki nafsu
Kuku besi yang menguasai dunia
Bebaskanlah mereka dari cengkaman neraka
Kasihanilah mereka yang kehilangan semua

Pembunuhan, peperangan, penindasan
Pencemaran, pemusnahan, penghapusan
Kekejaman, kekalutan, kekecohan
Kemarahan, kesombongan, keangkuhan…