Lirik Lagu Random Love Song – 5forty2

Bila cerita cinta semua kata cinta itu buta
Tapi kalau tengok balik manusia yang bermata
Perasaan tak terduga memang itu biasa
Camna kita kawal itu diambik kire
Cinta yang paling cun bila kita jaga maruah
Bukan stok main bagi habis semua atas bawah

Sama sama rasa suka sama suka
Layar lara dunia warna warni cinta
Melakar mimpi menyuntik visi hakiki
Dengan kalimah azimat “ana uhibbuki” (arabic: saya suka awak)
Ini benda biasa bagi yang tersimpul jiwa
Enak hanya bila cinta jadi naungan pencipta

Nak bercinta pun biarlah smpai
Jinjang pelamin nak berangan pon..
Kenalah prepared bajet nak kawen
Aisei men.. takat bising mcm bunyik hon..
Pls man.. buat camtu.. hehe.. TAK DAPAT JOHN!

Cinta itu pekak dan bisa memekakan.
Bergerak sama sama sampai nasihat tak makan.
Kita bercengkerama dibawah bulan purnama
Datang pegawai agama habis angkut semua..

Time best bercinta bulan bintang semua puji
Buruk nampak berseri time gado maki maki
Cinta kini bak fantasi pementasan dunia
Cinta bagai nak gila kekalnya sampai bila