Lirik Lagu Rindu – Casey

Sesungguhnya kerinduan
Yang panjang
Memaksaku pergi, mencarimu
Walaupun di mana

Dengan langkah
Tak berhenti
Meredah, lantaran mimpi
Keranamu, ku terus mendaki

Persoalan, di dalam degupan
Dan jawapan, di awang-awangan
Cinta ini
Bagaikan misteri, terakhir

Ingin
Ku lukiskan, segera
Kegelapan
Semoga cermin cinta
Bersinar semula

Seandainya
Terlaksana maksudnya
Selautan, syair dan madah
Kan menjadi keluhan rindu

Tunjukkan
Arah jalan mu itu
Agar dapat kita bertemu
Di kemuncak, rindu