Lirik Lagu Satu Perjuangan – Brothers

Syukur pada Yang Esa
Rahmat pemberianNya
persaudaraan keharmonian

Jalinkan kasih sayang
hulurkan lah bantuan
kepada yang memerlukannya

mari kita bina
satu ummah maju jaya
mula diri, keluarga, sahabat, masyarakat
dan negara

(dengan) satu perjuangan satu arah tujuan
di bawah rahmat yang esa
kita melangkah seiringan
satu perjuangan

rintangan pasti melanda
jangan gugur walau selangkah
teruskan perjuangan
hingga ke akhirnya

andai kau gugur
andai kau syahid
kau di redhai NYA