Lirik Lagu Sejalur Sinar – Genuine

Sayu mengenang keindahan
Yang berlalu… sewaktu
Kita sama berganding bahu
Dan satu persatu
Seperti tak pernah luput
Ikatan murni terpahat di hati

Kini setelah semua jauh
Dari mata… terasa
Semakin erat kasih kita
Tergambar semua
Kenakalan usik senda
Membangkitkan rasa
Rindu tak terhingga

( korus )
Segalanya kemesraan terbina
Ku bawa bersama ke puncak
Menara

Dalam pendakian
Mengejar impian
Rela ku berkorban

Biarpun terpisah
Untuk sementara
Ku yakin bersatu
Buat selama-lamanya

Sama-sama mengharungi
Sepahit mana diuji
Akan tiba pasti
Saat yang dinanti
Sejalur sinar
(Yang) menerangi kita
Masa silam
Ghairah dan kelam
Kusedar semua (yang) terjadi
Tanpa kematangan berfikir

Sehinggalah kau ku temui
Cahaya yang tersembunyi
Kaulah pelita hati

Airmata yang kita titiskan
Dalam nafas kesyahduan rasa
Bersama hening cipta
Tak terucap ungkapan kata
Menatapmu semula
Mari nyalakan pelita diri
Semoga abadi