Lirik Lagu Seru Kasih – Genrai

( 1 )
Andai kau gelisah itu sebenarnya
Kegelisahan di hati ini
Kerna di jiwamu terlekat kalbuku
Menjadi satu berpadu…

( 2 )
Andai kau merindu itulah sebenarnya
Oh kerinduan dihati ini
Kerna di hatimu
Tersimpan hatiku menjadi satu…

( 3 )
Malam yang suram
Terlontar jauh bila bersama
Hati gelisah jika kau tiada
Bila nak jumpa

Oh angin lalu ‘SERU KASIH’
Seru padanya katakan cinta… Ini
Sebenar-benar cinta
Ku merindumu kasih sepenuh jiwa…

( korus )
Malam usah biarkan diriku
Sepi sendiri merana lagi
Tersembunyi siang hati tambah rawan
Usahlah kau biarkan… Kasih…
Usah kau biarkan hanya bayanganmu
Hadirlah sepenuhnya…
Bersama berjanji bersama berkasih
Seindah rindu yang dirasa…
Kau bisikan cintamu
Aku luahkan kasih sayangku…

( Kasihku… Bisikan cintamu… )