Lirik Lagu Sesat Dalam Impian – Graviti

Di dalam taman cinta
Kita tersesat jua
Hilang haluan
Kaburlah pandangan

Kita sama tak menduga
Taman yang dulu indah
Kini menjadi
Oh hutan belantara

Semakin jauh
Kita redah ke rimba
Semakin gelap
Cahaya cinta kita

Kata-kata menjadi duri
Menyusuk dalam hati
Terlanjur akhirnya
Bunga yang kupuja
Hilang madu racun menjelma

Terjerat kita dalam belukar
Batin tersiksa jasad merana
Rindu asmara berpisah jua
Dalam buas belantara

Hilang segala panduan
Tiada arah tujaun
Belantara kusangka taman
Tersesat dalam impian
Terjeratlah dalam angan-angan
Kusesat dalam impian