Lirik Lagu Syukur – Altimet

Ayoh.. Hey.. Aha.. Hey.. aha.. hey..
Ayoh.. Selamat datang ke alam baru

Aha..

Pukul 6 pagi
Masa untuk ku bangkit lagi
Sebelum mencari sesuap nasi
Perutku dialas sesuap nasi

Subuhku tertinggal lagi
Terus diganti, terus keluar dan berlari
Bersama warga kota lain sekali
Kita semua selari, motor kereta bas LRT
Yang berbasikal pejalan kaki
Dari tauke besar hingga kerani
Semua punya niat sama di hati
Biar usaha dan rezeki serasi
Walau mendung saujana yang dihadapi
Masih ada mentari,

(Korus)
(Jadi) Syukur.. aku masih disini
Syukur.. aku bernafas lagi
Syukur.. aku masih berdiri, masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur.. aku masih disini
Syukur.. aku bernafas lagi
Syukur.. aku masih berdiri, masih ada kuasa dalam tubuh ini

Syukur..
Bil datang lagi, seakan sebulan dua kali
Harap dibayar dalam tujuh hari, sebelum bekalannya di mati
Terngiang rintihan ibu dan bini, kata mereka perlu itu dan ini
Anakku mahu ke sana sini, melihat tempat indah dikaca TV
Di otakku hanya periuk nasi, bil kereta rumah air dan api
Aliran pitisku dijaga rapi, ditabung yang lebih di dalam laci
Hasil usaha keringat di dahi, kerjaku halal jangan dicaci
Ku kerah semua tangan dan kaki, sehingga ku jumpa apa yang dicari

(Ulang Korus)

Syukur..
Murahkan rezeki, jadikan aku lebih seperti
Antara mereka yang mempercayai, walau usahaku kurang memadai
Fardhuku lewat beberapa kali, bila bisikan dia mencuit hati
Aku tercandu pada duniawi, tapi aku tetap kembali

(Ulang Korus) (2x)

Syukur..