Lirik Lagu Syurga – Projek Pistol

Di pentas ini… kisah bermula…
Dua remaja jujur temui cinta…
Dia yang muda, mengharap cinta
Padamu kekasih hatinya

Tiba masanya kini dewasa
Si Pria kini harus ke kota
Hanyalah Doa dan Airmata
Si Gadis berjanji setia…

Di matanya ada Cinta… mengharap kau setia dalam hatinya
Di bibirnya ada doa … mengharap kau kembali nanti bersama
Dihatinya…. “Syurga”

Tahun berlalu musim berganti
Gadis terindah masih setia menanti
Redup matanya menghitung hari
Mengharap pasti kau kembali…

Kini di kota kau yang berjaya
Gadis kau puja dulu kini kau lupa
Tiada beza resam dunia
Yang tinggal hanya lah kecewa…..

Di matanya Ada Cinta… mengharap matahari akan menjelma
Di bibirnya ada doa … mengharapkan nanti pasti ada cahaya….

Ada Syurga

Dihatinya…. “Syurga”