Lirik Lagu Terperangkap Dalam Sinaran – Hanafie Warren

Terperangkap dalam sinaran
Sinaran yang menyilaukan mata
Dari kegelapan terpercik sinaran
Yang menjanjikan keindahan

Tiada kusangka
Telah berjaya mengejar cita-cita
Tapi malangnya
Semua yang indah hanya sementara saja

( korus )
Ku terperangkap dalam sinaran
Yang mengkaburkan mata setiap insan
Hidup ku yang tenang sekarang bergelora
Kerna ku terpedaya silau cahaya

Ingin kutemui pengertian
Dari celah-celah sinaran
Kini kusedar makna sebenar
Kilauan cahaya cumalah khayalan

( ulang korus )

Oh… oh… oh…