Lirik Nasyid Alaf Baru – Alarm Me

( 1 )
Alaf baru di hadapan
Penuh seribu cabaran
Rintangan pancaroba
Menguji ketabahan

( 2 )
Perjuangan kebenaran
Haruslah diteruskan
Segunung harapan
Generasi masa depan

( 3 )
Informasi teknologi sedunia
Faedah kepada semua
Janganlah ia disalah guna
Kelak memakan dirimu jua

( 4 )
Hanya keutuhan iman
Yang dapat menahan
Segala ranjau ujian

( 5 )
Tiada ruang larangan
Dunia tanpa sempadan
Oh kebebasan apa saja

( ulang 1 & 3 )

( 6 )
Hiburan dibuat multimedia
Mengabui mata manusia
Hidup ilusi khayalan minda
Adakah kau sudah bersedia

( ulang 4, 5, 3, 6 )

( 7 )
Kumpulkan semangat juangmu
Meruntuh segala kebathilan
Kita bina asas kekuatan
Menghadapi masa hadapan

( ulang 7 )