Lirik Nasyid Dialah Segalanya – In-Team

Ramai manusia memuja alam semesta
Kerana mudah dinilai oleh dua mata
Ramai yang memuja wang dan harta
Di sini kemudahan hidup dapat dirasa
Tidak kurang yang memuja wanita cantik
Kerana nafsu mudah merangsang dan menarik
Dikorban kesenangan hidup untuk memiliki
Hingga terkorban maruah dan nilai agama

Ada lagi yang dituju dan diburu
Oleh manusia memburu
Cinta yang sejati
Cintakan bunga
Layu hancur dan musnah
Cintakan Tuhan
Kekal buat selama-lamanya

Pujalah Tuhanmu
Ia tak mengecewakan
Cintailah dia kekal tiada sudahnya
Gunakanlah segala-galanya
Untuk menyembahnya
Buat apa saja selagi benar untuk Tuhan