Lirik Nasyid Hadis – Hijjaz

Ibnu Abbas Radia Allahu Anhu meriwayatkan.
Bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda:
“Demi yang diriku di tangannya.
Jika sekiranya segala langit dan bumi
Dan siapa yang ada padanya,
Dan apa-apa yang ada di antaranya,
Dan apa-apa yang ada di bawahnya,
Diletakkan di sebelah dacing
Dan kalimah Laa Ilaha Illa Allah
Di sebelah yang lain
Maka dacing kalimah itulah lebih berat.”