Lirik Nasyid Perjalanan – Al Jawaher

Oh… di mana akan kucari
Ketenangan yang abadi
Oh… di mana kan kutemui
Kasih insan yang sejati

Oh… mungkinkah dilembah ini
Disyurga kekal abadi
Oh… apakah ini hanyalah sekadar harapan saja
Perjalananku sangatlah jauh

Dan meletihkan
Apakah ada yang mengasihani
Semangat untuk mencari mu
Wahai hati suci
Takkan pudar walau rintangan menghalang

Oh… mataku dipermainkan
Oleh lesu perjalanan
Oh… hanyalah amalan ku
Yang akan menjadi teman

Emas dan permata
Wang dan juga harta
Dikejar ramai manusia
Bila keruntuhan datang

Menimpa diri mereka
Teringat juga asalnya
Baru semua sedar mereka terpedaya
Oleh permainan dunia

Pulanglah wahai jiwa yang tenang
Daku kan sambut kedatanganmu