Lirik Nasyid Selawat Dan Salam – Al Jawaher

Selawat dan salam
Ke atas junjungan
Nabi muhammad akhir zaman

Jasamu tuan tetap dikenang
Membawa rahmat serta kedamaian
( 2X )

Bulan purnama cemerlang cahaya
Menerangi seluruh alam raya

Sambut lahirnya rasul mulia
Selamat datang membawa bahagia
( 2X )

Engkaulah bulan engkaulah suria
Engkau cahaya atas cahaya

Engkau petunjuk tiada tara
Engkau pelita setiap masa
( 2X )