Lirik Nasyid Suruhlah Anak Bersembahyang – Huda

( korus )
Suruhlah anak-anakmu bersembahyang
Se dari umurnya tujuh tahun
Bimbing mereka lakukan kebaikkan
Hidup dan mati kerana Tuhan

Sembahyang itu tiang agama
Ia mesti dilaksana
Kerana ia Rukun Islam
Tidak boleh diabaikan

Fardhu sembahyang 5 waktu
Tidak boleh ditunda
Siang dan malam
Sudahlah tentu di mana saja kita berada

( ulang korus )

Anak-anak itu amanah Allah
Didik mereka dengan kasih sayang
Setiap amanah akan ditanya
Bagaimanakah kita menguruskannya

( ulang korus )

Mereka umpama kain putih
Jangan tersalah mewarnanya
Ingat kembali madah terpilih
Lenturlah buluh dari rebungnya

Awal agama mengenal Allah
Tuhan Yang Maha Pencipta
Dialah Tuhan yang wajib disembah
Dialah Tuhan tempat meminta

( ulang korus )