Lirik Lagu Kau Ilham Ku – Man Bai

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh…
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh…
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku…

Lirik Lagu Kaulah Bintang – Anuar Zain & Dayang Nurfaizah & Jeslina Hashim & Krisya

Bintang-bintang gemerlapan
Menyinari persada budaya
Hentikan nyanyian ombak sepi
Seniman sejati dada berisi

Wahai insan seni
Jasamu umpama permata
Melantun ke langit… jadi bintang
Jatuh ke laut… jadi mutiara

Hembuslah nafas panasmu
Membakar semangat perkasa
Biar subur kebun pertiwi
Dengan kuntum kembang mewangi

Wahai insan seni
Jasamu umpama permata
Melantun ke langit… jadi bintang
Jatuh ke laut… jadi mutiara

Seniman berbakti
Jasa terpuji

Lirik Lagu Kaulah Satunya – Anuar Zain

Ku terbayangkan sinar senyuman mu
Bagai mentari pagi
Untuk mulakan setiap hari
Wajahmu yang ayu
Bagaikan permata
Oh tiada bandingannya
Sungguh tak ku sangka betapa besarnya
Korban kasih mu padaku
Ku mencurahkan segala yang ada
Demi untuk kebahagian

Oh sayang kaulah satunya
Oh cinta yang kau berikan
Ku kan cuba, ku kan cuba
Untuk membalaskan segala
Kasihmu padaku

Ingin ku luahkan
Rasa cinta murni
Dariku hanyalah untukmu
Usah kau ragukan
Erti cinta suci
Yang tersemai di hati ini

Cinta mu indah…
Jiwa ku terasa
Gelora asmara…
Membakar di jiwa, hey… hey… hey…
Kasih sayang mu padaku

Lirik Lagu Keabadian Cinta – Anuar Zain

Selembut bicara
Sehalus sentuhanmu
Layangan pesonamu
Tak mungkin ku lupa jelingan pertama
Nan indah penuh makna
Akan ku sahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia

Takkan laguku sendiri
Kasih yang berlabuh kini
Terasa keabadian cinta kau beri
Mungkinkah daku bermimpi
Sebahagia begini
Ini bukan ilusi oh… kasih

Seindah irama
Gemersik suaramu
Mengalun sepiku yang merindu
Akan ku sahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia

Tuhan merestui
Bahagia begini
Kasihmu nan suci

Lirik Lagu Kembalilah Kasih – Anuar Zain

Sendirianku di halaman
Bulan dan bintang menyaksikan
Perpisahan dua insan
Tiada rela

Diabadikan bunga merah
Menjadi lambang perpisahan
Percintaan dua insan
Tiada tara

Kini… hilang dari pandangan
Jernih berkaca
Sayu kedengaran suaramu ( 2X )
Sayu… suaramu…

Kembalilah kekasih
Kembali segera
Hilangkan kerinduan
Yang masih melanda
Kudambakan bisikan asmara
Kasihmu penuh makna
Ku yakin bunga cinta
Pasti mekar semula

Lirik Lagu Kita – Anuar Zain

Alasan demi alasan
Hidup ini memerlukan
Arah dan tujuan untuk
Terus perjuangan
Mengapa sering terjadi
Penindasan dan penghinaan
Diantara semua insan

Di dunia
Bersama kita
Menghadapi
Dugaan menimpa
Saling hormati
Dan hargai
Usaha bersama

Tunjukkan dunia
Apa gunanya oh orang kita
Jangan dipersiakan kemampuan yang ada
Kita tiada beza
Walaupun hanya sedikit masa
Dengan keyakinan pasti kitakan berjaya

Lirik Lagu Madu Beracun – May

Paras yang cantik jelita
Jadi senjata
Merasakan dirinya beharga

Dengan hanya rayuan
Menjerat mangsa
Dan sang jejaka
Akan tertawan padanya

Bukan mudah dijejaki
Mencari kelemahannya
Menyusur mencari mangsa
Berbisa

Selagi ia terdaya
Terus memburu
Merahsiakan keburukan
Sikapnya

Semua orang membenci
Hanya bertopengkan rupa
Padanya tidak mengapa
Megah

Bagaikan madu
Manis beracun
Kau membunuh
Keimanannya

Bagai dian
Hilang cahaya
Kelam suram
Tersesat di persimpangan

Lirik Lagu Mainan Sepi – Mega

Banyak lagi akan yang tertinggal
Bertabur di sana-sini
Yang menyusur suasana yang sepi
Kita rasa

Banyak lagi akan yang tertinggal
Bertabur di sana-sini
Yang menyusur suasana yang baru
Sama rasa

Semalam kita lihat mentari terbenam
Disenandung yang biru
Dibelai dengan lagu kita bersama
Ribut bertiup dah biasa
Itu bukan lagi mainannya

Terpesona tiada rasa
Itu bukan lagi mainannya

Sama meminta sejahterakanlah kami
Kau bernarkanlah kami mengecap
Erti cinta kami rasa ciptaannya
Oh… Kekasih…

Lirik Lagu Mega – Mega

Biar bukannya impian
Ku mengorak kenyataan
Bukan sekadar mengubat kehibaan ini

Hakikat yang seharusnya
Telah cuba dimusnahkan
Kuasanya bukan tercapai untuk manusia

Setitik menitis air telaga
Setenang air tiada tentunya
Sekilas tiada disangka
Mendung tanda satu perkara
Merunduk padi bersama isinya

Kuasa bukannya punca
Masih terima nikmatnya
Di sini redha masih menjadi sahabatku

Seharian ku lalui
Lebih tenang ku di sini
Berarak mega meninggalkan kesan lukanya

Lirik Lagu Mencari Penawar Kasih – Mega

Berat yang kau rasa, itu cuma di mata
Aku yang memikulnya pasti lelah dan sebenarnya parah
Kita yang merancang dan Tuhan menentukan
Walaupun kau tahu banyak yang ku lakukan untuk mu

Ku relakan semuanya, dan pasti kau rasa bersalah
Malah kau rasa, pedihnya hati terluka

Setiap insan yang bercinta, inginkan bahagia
Tetapi takdir yang merubahnya
Kasih disemai kian gundah
Ku tak menyangka hatiku disakiti dan diracuni

Disayang-sayang, dibelai-belai, dikenang-kenang
Kasih yang tak kesampaian
Di saat ini dan ketika ini
Tercari-cari di mana penawarnya kasih

Oh, sayang sesungguhnya dan aku rasa bahagia
Tidak terfikir akan kehilanganmu

Kesalnya kerana disisihkan, kerana mengharapkan
Kasihmu yang bagai embun padaku
Menghilang di saat ku ketandusan
Yang pastinya dahagakan kasih sayang oh

Manakan aku tak merintih, engkau ingkari janji
Diriku yang jujur padamu
Tapi mengapakah ku kehilangan
Entah mengapa ku ditinggalkan pergi
Selamanya