Lirik Lagu Satukan Kita Berdua – Ajai

Dapatkah
Kurasakan cintamu
Bila kau tiada
Jauh dari sisi

Mungkinkah
Didalam mimpi ini
Bila ku merindu
Dirimu sayangku

Kerna aku percayakan
Cinta suci, datang dari hati
Takkan goyang
Cinta ini
Oh sayangku

Kerna aku
Percayakan
Keikhlasan, datang dari hati
Bahagialah…

Kita kasih…
Selamanya…

Satukanlah
Kita berdua
Moga kasih
Kekal selamanya…

Satukanlah
Kita berdua
Moga kasih
Jadi bahagia

Selamanya (selamanya)
Kasih kita..ooo (kasih kita..)
Bahagia (bahagia)
Selamanya (selamanya)

Ooo.. ooo…

Lirik Lagu Seindah Syurgawi – 2D

( korus )
Tiada bidadari
Tiada pari pari
Tiada seranum buah menghurai kebumi

Hanya dengan anyaman kasi sejati
Dibina mahligai seindah syurgawi
Tiada bidadari

Percikan cinta dan curahan kasih
Menjadi tiang seri mahligai sejati
Dan kasih sayang
Yang tiada terperi

Cahaya yg menyala sepanjang hari
Tiada bidadari

Biarlah bersinar mahligai cemerlang
Seindah kerdipan bintang
Gilang gemilang
Dan semoga kilaunya terang benderang
Menyinari alam penuh kasih dan sayang
Tiada bidadari

( ulang korus )

laaa laa la la laa… lala

Lirik Lagu Setelah Hati Terluka – AXL’s

Mestikah air mata ini
Membasahi di pipiku
Perlukah ku meratap hiba
Setelah hati terluka

Ku sedar siapa diri ini
Hanya mampu memberi cinta
Namun ku tak mampu
Menatap bahagia

Tiada guna aku ratapi
Kasih dan sayang takkan kembali
Mungkin ini sudah suratan yang azali

Bukan aku mengemis simpati sesiapa
Buat penawar duka yang amat lara
Kerna aku sedari diri umpama kaca
Tak bercahaya pudar warnanya

Lirik Lagu Si Rama-rama – A to Z

Warnasari menari-nari
Menanti kismat
Menghias aroma diri
Untuk dijaja

Syamsu-syamsu menyinar
Membuka pagi
Kismat selalu di salah
Apa ada padanya

Jangan diubah

Kata Si rama-rama
Kita serupa… bersandiwara
Bertelut di pintu malam
Mencari kasih dan cinta
Ooooo…

Si rama-rama-rama, Si rama-rama-rama
Si rama-rama-rama, Si rama-rama-rama
Si rama-rama-rama, Si rama-rama-rama
Si rama-rama-rama, Si rama-rama-rama
Si rama-rama-rama, Si rama-rama-rama

Lirik Lagu Siapa Dia Sebelum Aku – 2BY2

Aku selalu memikirkannya
Siapa dia sebelum daku
Gadis kau puja hingga kecewa
Kini kau tak menyatakan

Aku pun jua sering bertanya
Siapa dia sebelum daku
Pria kau puja hingga merana
Kau merahsiakan dariku

( korus )
Sejak kau wujud dalam hidupku
Semuanya telah terpadam
Bak bayangan yang indah di malam purnama
Ditelan mentari pagi

Apa disentuh sejarah dulu

Hanya menyakit hati sendiri
Telah ditemukan kita berdua
Engkaulah sinar hidupku

( korus )
Sejak kau wujud dalam hidupku
Semuanya telah terpadam
Bak bayangan yang indah di malam purnama
Ditelan mentari pagi

Apa disentuh sejarah dulu
Hanya menyakit hati sendiri
Telah ditemukan kita berdua
Engkaulah sinar hidupku

Engkaulah sinar…
Engkaulah pelita…
Engkaulah sinar hidupku…

Lirik Lagu Simalakala – 2BY2

Ku turuti… Aku mati emak
Tak dituruti… Aku mati bapak
Begitulah… Nasib diriku
Bagaikan buah… Simalakala

Begitulah nasib diriku
Yang kini sedang menimpa
Menimpa badanku

Ayah ibuku… Punya kemahuan
Ku dijodohkan… Tanpa perundingan
Orangnya cantik… Katanya, katanya dia punya badan
Anak saudagar… Intan berlian

Aku bingung memikirkan
Terus terang ku katakan
Ku sudah punya gandingan

Ku turuti… Aku mati emak
Tak dituruti… Aku mati bapak

Begitulah nasib diriku
Yang kini sedang menimpa
Menimpa padaku

Ingin rasanya aku lari
Bersama kasihku
Kasihku, kasihku

Tapiku takut ini pasti takkan direstui
Aku bingung, Harus bagaimana
Aku bingung, Pilih yang mana
Pilih yang mana

Ayah ibuku… Punya kemahuan
Ku dijodohkan… Tanpa perundingan
Orangnya cantik… Katanya, katanya dia punya badan
Anak saudagar… Intan berlian

Aku bingung memikirkan…

Lirik Lagu Skinhead Selamanya – ACAB

Menanti hari keramat
menentang pemerintah bangsat
tiada yg dpt membunuh semangat
membara dijiwa rakyat

Bangun sekalian umat
bagai pahlawan melancar jihad
biar dibasahi darah dan keringat
Yg zalim pasti dilaknat!

Katakan pada hatimu
kau bebas menentang musuhmu
dikebebasan yg barukan ku bawamu
kuatkanlah pegangan mu
kita pastikan bersatu
dikebebasan yg baru,Kitakan bertemu!

Skin Head Selamanya
Skin Head Selamanya

Lirik Lagu Tak Guna Berahsia – A to Z

Ketika kutatap wajahmu
Tersimpan seribu kisah pilu
Mengapakah harus kau membisu
Berterus-terang kepadaku

Apa yang perlu kau sembunyikan
Demi kasih, demi sayangmu
Apa yang harus aku lakukan
Demi janji, demi rindu

Mungkinkah dirimu kecewa
Terpisah tanpa direncana
Janganlah pula kau terlupa
Cintaku tiada penghujungnya

Dirimu kan tetap kunantikan
Kau ku rindu, kau pun tahu
Janji tetap kan ku kotakan
Kau ku rindu, kau pun tahu

Tak guna tiada guna
Andai kau berahsia
Tak guna tiada guna
Ooo… ooooo…

Tak guna tiada guna
Andai kau berahsia
Tak guna tiada guna
Ooo… ooooo…

Lirik Lagu Tandak Timur Tengah – 2D

Bertandak sambil bercanda
Ikut goyang pingul
Rentak timur tengah
Cari cucuk snaggul Syariffah Alwiyah
Katakanlah di mana

Di sini kisah bermula
Di pantai laut merah
Di bawah sinaran purnama
Syaaban malam ke dua puluh dua

Syariffah Alwiyah bermandi manda
Bersama dayang istana
Berkembankan kain sutera mayang
Adigerbang aduhai ayunya

Berderaianlah airmata di pipi gebu Sayriffah Alwiyah
Diiringi dayang istana seiringan senada seirama

Di manakah cucuk sanggul beta
Lambang kedaulatan istana
Petanda bahawa sesungguhnya
Beta ratu seluruh timur tengah

Lirik Lagu Teman Baru – A. Halim

Kerapkali ku lihat kau berjalan
Di samping dia yang baru kau puja
Dulu kau menyintai diri ku
Kini kau berubah laku

Salahkah aku berubah laku
Bermanja dengan yang baru ditemu
Lebih mesra juga bergaya
Wang ringgit bukan ukurannya

Oh dara mengapa
Adakah ku bersalah
Kau tinggalkan daku
Merana setiap waktu

Jawapan kau beri jangan di nafi
Dari secebis surat kau beri
Bingkisan mu jelas sekali
Kau ingin mengundur diri
Oh dara mengapa
Adakah ku bersalah
Kau tinggalkan daku
Merana setiap waktu

Jawapan kau beri jangan di nafi
Dari secebis surat kau beri
Bingkisan mu jelas sekali
Kau ingin mengundur diri