Lirik Lagu Dendang Hari Raya – Jalil Hamid

Dendang mari berdendang
Berdendang mari berdendang
Dendang mari berdendang
Berdendang dendang den dang dang

Budak sibuk bersorak
Halaman terang benderang
Dapur api semarak
Orang masak ketupat rendang

Gebuk di pusing undur
Hai beras dalam jelapang
Emak sibuk di dapur
Tak sedar menantu pulang

( 1 )
Dendang berdendang ria
Gembira di hari raya
Wajah cantik berseri
Saudara berkumpul lagi

( 2 )
Ayah mengacau dodol
Hai abang mengunggun api
Nenek terlanggar bendul
Hai ayam terlepas lari

Lenggang melenggang lengok
Mak Utih menghidung kuih-muih
Aduh sayang Pak Usu
Tak hirau penat dan letih

( ulang 1 )

Gebuk di pusing undur
Hai beras dalam jelapang
Atuk yang sudah uzur
Tersengih gusinya lapang

( ulang 1, 2, 1 & 2 )

Lirik Lagu Jatuh Cinta Lagi – Mimie Haris

Oh cerianya hariku di sini
Berteman indah pelangi
Betapa riangnya hati ini
Ku bercinta

Bila ku ungkapkan rasa hati
Aku kata kepadanya
Ternyata sama hatiku rasa
Bahagianya

(korus)
Aku jatuh cinta lagi
Untuk yang ke sekian kali
Betapa tenangnya hati ini
Tak bertepuk sebelah tangan
Oh sungguh senangnya hati ini
Aku jatuh cinta lagi
Bahagianya rasa rindu ini
Tak bertepuk sebelah tangan
Tak bertepuk sebelah tangan

Oh cerianya hariku di sini
Berteman indah pelangi
Betapa riangnya hati ini
Ku bercinta

(ulang korus)

Dunia seakan berbunga
Bila cinta di hatiku

Lirik Lagu Kau Tiada – Jai

Oh…
Kenyataan mengganggu (?)
Terpaksa ku menerimanya
Kini kau telah tiada
Namun ku masih di sini
Bukan senang melupaimu
Terpaksa ku mencuba

( 1 )
Kau pergi membawa memori kita
Hentikanlah ku sendiri
Ku akan menyimpan duka dan lara
Setelah engkau tiada
Tiada… tiada… ohh…

Terkurung dalam kamarku
Fikiran masih celaru
Terperangkap dalam pancaran derita
Tak siapa yang tahu
Bukan senang melupaimu
Terpaksa ku mencuba

( ulang 1 )

Kusedar perasaanmu batin (?)
Hari demi hari
Setiap langkah kuteruskan
Derita makin jauh

Kau pergi membawa memori kita
Hentikanlah ku sendiri
Ku akan menyimpan duka dan lara
Setelah engkau tiada
( 2X )

Ohhh… kau tiada

Lirik Lagu Panggil Namaku – Heliza

Kalau kau sedang kecewa
Atau hatimu berduka
Kau perlu teman di sisi
Tuk mencurahkan hati
Segala semua kekesalanmu

Panggil namaku
Aku kan datang
Sahabat di suka dan duka

Lupakanlah sejenak
Segala beban problema
Kita nikmati kebersamaan
Hapuskan semua duka
Ketawalah gembira
Bersama teman curahkan rasa

Kalau kau ingin mengadu
Bilapun kau perlu aku
Ku selalu ada disini
Tuk mencurahkan hati
Segala semua kekesalanmu

Panggil namaku
Aku kan datang
Sahabat di suka dan duka

Lupakanlah sejenak
Segala beban problema
Kita nikmati kebersamaan
Hapuskan semua duka
Ketawalah gembira
Bersama teman curahkan rasa

Lupakanlah sejenak
Segala beban problema
Kita nikmati kebersamaan
Hapuskan semua duka
Ketawalah gembira
Bersama teman curahkan rasa

Lupakanlah sejenak
Segala beban problema
Kita nikmati kebersamaan
Hapuskan semua duka
Ketawalah gembira
Bersama teman curahkan rasa

Lirik Lagu Pengkhianat Cinta – Sheila Abdul

Kau yang dulu pernah
Aku cintai sepenuh hati
Kini takkan lagi ku kagumi
Keindahan dirimu

Kau yang dulu pernah
Aku sayangi setulus hati
Kini takkan lagi kukagumi
Keindahan dirimu

C/O* Dulu engkau sang juara
Diantara lelaki yang pernah ada
Namun nyatanya kau seorang
Pengkhianat cinta

Dulu engkaulah idaman
Yang kubanggakan pada semua orang
Namun nyatanya kau seorang
Pengkhianat cinta oh…….

(repeat)

Lirik Lagu Akhirnya – Camelia & Innuendo

I:
Kini ku kesepian
Menantikan kasihmu ku rindu
Namun hanya impian
Bayanganmu belum ku tunggu

C:
Usahlah kau bersedih
Ku tetap di sisimu selalu
Walau kehadiranku
Seakan seimbas waktu

( korus )

I & C:
Bagai bayu berlagu
Yang masih ku merindu
Kaulah segalanya
Erti cinta
Ku menunggu masa kita
Akhirnya hm… hm…

I:
Ku memahami jiwamu
Yang penuh keayuan sayang
Keluhan hatimu
Kau yang menyakinkanku

C:
Ku selalu di hatimu
Tiada akhirnya bagi diriku
Kerana keikhlasanmu
Kini tersemai di jiwa

( ulang korus )

I:
Rela menerima
Segala takdirnya
Begitulah kehendaknya
Yang maha Esa
Dikaulah ratu
Dihatiku
Oh marilah cinta kita
Bersama menerimanya

Lirik Lagu Aki – Intoxicated

Ku ada seekor kucing
Namanya Aki
Malam tadi, Aki dilanggar lori
Ibuku kata Aki takkan kembali
Kerana kucingku aki telahpun mati…

( korus )
Ku nak dia kembali
Ku nak dia kembali
Ku nak dia kembali
Kucingku Aki

Oh kenapa Aki
Kenapa kau lari
Kini kau tinggalkan aku seorang diri
Semua orang pun kata cari yang baru
Untuk melupakan sedih dan pilu

( ulang korus 2X )

Ku kutip bangkainya
Di jalan raya
Badan kecil molek tak bermaya
Ku simpan bangkainya di dalam peti
Sebagai kenangan di dalam hati…

( ulang korus )

Tak kisah matanya dah hilang
Tak kisah dia tinggal tulang
Biarpun otaknya berkecai
Ku nak dia
Ku nak dia kembali

Kucingku Aki…

Lirik Lagu Aku Dan Mawar – Intan Sarafina

Mengharungi hari-hari
Bagai tak terdaya lagi
Aku terbelenggu
Di belit resah… duka

Ku tahu kau pun serupa
Wahai sang mawar jelita
Diri mu terpinggir
Hanya kerana keayuan itu
Berbagai ragam si kumbang
Terus cuba
Di taman sepi
Terkulai layu biarpun di dalam
Pagar emas berduri

( korus )
Begitulah nasib diri ku
Fitnah yang tak putus melanda
Biar aku telah sedaya upaya
Berlaku sebaiknya
Duhai mawar kini ku tahu
Semua ini mainan dunia
Kesabaran ini kejujuran itu
Adalah azimat

Lirik Lagu Begini Akhirnya – Ira Khairani

Kau mungkin telah melupakan
Kau mungkin telah berbahagia
Dan aku tahu mungkin hanya aku
Yang tinggal mengenangmu

Kau mungkin lupa siapa aku
Insan yang pernah di hatimu
Kau hanya singgah sementara perlu
Dan kau pergi meninggalkanku

Bersama sepi
Bersama derita yang tak bertepi
Hanyalah tuhan saja
Yang tahu segala
Apa yang telah aku alami

Oh! Airmataku
Berlinang di kala ku mengenangmu
Sedihnya rasa hati
Kau buat begini
( Tiada aku menyangka )
( Begini kesudahan berakhirnya )
( Antara kita )
( Begini akhirnya antara kita )
Pengorbananku tidak kau hargai

Lirik Lagu Belaian Jiwa – Innuendo

Seindah tiada lagi kau kuingatkan
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayatku di dunia ini

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa

Oh angin sampaikan laguku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah laguku jadi teman hidupmu
Untuk selamanya

Kau tahu betapa kusayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa